Pada suatu hari, seorang murid bertanya kepada cikgunya. Ketika itu, cikgunya sedang mengajarkan tentang kasih sayang.
Murid: Cikgu, macam mana kita nak pilih sesorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
Cikgu: Baiklah, kamu dengar kata saya ni baik-baik. Ikut apa yang saya cakap. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa kamu menoleh ke belakang walaupun sekali. Selepas kamu petik yang PALING cantik, bawa ke kelas.
Apabila murid tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput bersama kamu?
Murid: Tadi waktu saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu cakap petik yang paling cantik, jadi saya pun terus berjalan kedepan tanpa menoleh ke belakang. Tapi sampai ke hujung padang, saya masih belum jumpa yang paling cantik. Jadi, tiadalah rumput yang dapat saya petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapanya. Maksudnya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita sia-siakannya. Kalau kita sia-siakan juga, nescaya kita tidak akan berjumpa lagi “Rumput yang PALING cantik” dalam hidup kita lagi :)
No comments:
Post a Comment